23 December 2010

Bersawang di Hati..

Bulan last dalam tahun 2010. Minggu depan je dah tahun baru..Buat yang belum lagi tercapai azam tahun 2010..masih ada 1 minggu lagi. for me, well..next entry kot baru ulas.

Minggu lepas dah dapat surat lantikan tetap..sangat2 bersyukur. at least adalah lebih harapan nak berkhidmat dalam 34 tahun lagi, kalau panjang umur. n lebih mudah nak beli kereta. Bila dah dapat tetap, kena uruskan pulak pengesahan-pengesahan yang berkaitan. Yang tu kena urus sendiri. Tapi takes time sebab kena pergi interview tapisan halus dulu. Nak beli rumah memang belum bolehla kot kalau nak guna loan kerajaan..maybe dalam 4-5 tahun lagi baru boleh. Tapi x salah nak start survey property dari sekarang (e.g. rumah, tanah). yang pastinya harga xkan turun..

Rumah Idaman? Pengsan nak kemas nih..
Bulan 12 juga menandakan waktu snow(nk jugak) ataupun lebih tepat dikenali sebagai musim hujan.Balik keje hujan x kisah sangat, tp kalau pagi pegi keje hujan..alahai..ngantuk je rasa. sejuk n sedap kalau sambung tido..hehe..hari tu balik Kelantan memang hujan non-stopla..Putrajaya pun boleh tahan jugak. Sebut pasal Kelantan, mmg hari tu kami balik Kelantan..lama dah saya x balik. Kebetulan cuti pun masih banyak lagi, jadi amiklah kesempatan untuk balik sana. Halnya bermula bila kami amik keputusan untuk balik naik bas berbanding kereta..Kalau kira-kira pun agak jimat kos sebab kami pun berdua je, lainla beramai-ramai kan..Dulu masa saya study kat Terengganu, saya selalu naik bas transnasional balik JB. Best sebab boleh tukar tiket. tapi dulu cajnya cuma 20sen, 30 sen. Skrg dah berpuluh-puluh ringgit. Tapi biasanya saya x kisah sebab ia masih lagi murah daripada beli tiket baru kan...Mesti dorg dah sedar yang caj tukar tiket pun bleh wat untung...

Alkisahnya kami pilih bas trans balik Kelantan sebab masa beli tiket tu, cuti saya lum approve lagik. Just in case la so pape boleh tukar. Awal la jugak kami beli tu.Tapi masa hari kejadian (masa pegi) katanya sistem ada problem so tergabung 2 bas. Seat dah diambil. Oh-saya-paling-tak-suka-camnih. Sistem-oh-sistem. Masa balik lagila hampeh. No seat xde langsung dalam bas. Katanya sistem jugak. X taulah masalah sistem cmne cik oi. Nasibla boleh jugak naik bas tu, bayangkan kalau xde no seat n dia x bagi naik bas. Patah hati tul la. Semua bayar sama je. N saya x kisah pun naik skyview walaupun mmg ianya lebih sempit. Paling sempit la kot. Bas lambat tu standardla. Tapi kalau xde seat, hati mau terbakar..

Tiada seat bernombor 11A dan B dalam bas tersebut. Mungkin skyview jenis lain ada kot. Xpun ada tingkat atas lagi satu yang saya tak sedari.
 Naik turun 2,3 kali bas adalah 2 seat kosong yang selama ni separuh kosong dek kerana kedudukan posing keadaan penumpang yang tidur. Tapi 2-2 nya sebelah lelaki. Asalnya salah satu tujuan saya beli tiket awal adalah utk nak duk sebelah kekasih halal saya. Kalau boleh x maula duk sebelah org lain. Perempuan xpe lagi. Lelaki tu yg cm berat sikit..sebab saya dah biasa naik bas masa study n PJJ dulu. Semua dah rasa. Biawak, buaya, etc. Lagi-lagi kalau naik skyview.Yang setingkat ok lagi. Seat dia seat kanak-kanak je kan. Kalaulah sebelah tu lelaki yang besar sikit, bolehla try kecik-kecikkan badan anda itu. Kalau nak try besarkan badan pun boleh jugak. Tp yelah, bukan salah penumpang pun kan kalau bab saiz2 nih.Dia hanya akan jadi masalah kalau org sebelah anda tu suka menyandar. Menyandar kat kerusi xpe. Tapi kalau menyandar kat anda tuh..parah gakla. Orang cmni kalaulah perempuan, saya ok je. Kalau lelaki, saya lebih rela duduk di tangga..

Cerewet ke saya naik bas sebenarnya, hehe. Mungkin sebab dah selalu sangat naik kot. Ada jugak pengalaman saya penumpang sebelah saya tu nigau masa tidur dalam bas. Nasib baik bukan nigau cekik org :) Kalau yang jenis biawak tu, kalau dah start merapu tu memang saya dh tak layan dah.Tapi dalam hati berdoa maunya cepat sampai...

Tula kan..macam-macam jenis orang ada. Tapi setakat ni yang paling truk mestilah yang kes xde nombor seat langsung tu. Tapi memang bas tu, xde isu tukar bas ke ape. Apa yang penting, kami selamat sampai ke destinasi..
Bulan 12 ni pun banyak jugak kerja kahwin..Minggu ni ada course8 hubby kawen kat Johor..Bulan 1 n tahun baru cina pun banyak jugak. Tahniah pada kawan-kawan semua.. :)

p/s- masih belum ada kalender 2011. Takut tua kah aku?jeng3..


1 comment:

  1. tahniah kerana mendapat pengesahan jawatan tetap. Tentang rumah impian itu, cantik. InsyaAllah berdoa dan berusahalah, ia tetap jadi kenyataan dengan izin Allah. Modah-mudahan. Amin.

    ReplyDelete


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers