06 October 2011

Auni Nur Batrisya


Sebenarnya nama tu pilihan gabungan me dan hubby. Banyak gak buku nama-nama Islam kami beli and baca..sampai pening jadinya..hehe..Kami memang ada siapkan gabungan untuk baby girl dan juga baby boy..sebab mula-mula scan, baby malu-malu nak tunjuk jantina. Tapi lepas buat 3D 4D dan confirm girl, kami pun fokus pada girl je..tapi siapkan la jugak nama untuk boy takut2 ada element surprise tetiba.. 

Nama Auni tu pilihan saya sebenarnya..Auni tu bermaksud lemah lembut, ketenangan dan ketetapanku..Hubby pulak pilih nama Batrisya..Batrisya pulak maksud dia cerdik dan pintar. Mula-mula nak letakla nama cam biasa..Nur kat depan nama tu..then hubby request nak letak Nur kat tengah..macam nama dia. Jadila Auni Nur Batrisya.. *Jadi mungkin yang pasni ada nama Nur (perempuan)/Noor (lelaki) kat tengah gak kot. jauhnya pikir deh*

Tapi barang-barang Auni xbanyak pulak yang kami beli warna pink. Masa check-up sebulan kat KKIA, nurse tu ingat Auni ni baby boy..hua2..sb masa pantang hari tu, tengok warna-warna universal jela *beli warna selamat*. Lepas pantang ni..ape lagi. Ada la jugak beli baju baru *melantak sebenarnya, lost control kat Manjaku Bangi hari tu..*

So..ginila rupa auni sekarang..baju pink hari-hari..hehe..

sedap dia tido..

1 comment:

  1. Lucunya :)
    Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete